About Me

My photo
CERITA TENTANG KUCING KAMI, DUNIA KUCING, & INFO TENTANG KUCING

Monday 10 August 2015

Info & Tips to share. "Sharing is Caring"

Feeding Guide utk Kucing

- Feeding Guide ni di rujuk drp Hill's Prescription Diet mengikut berat kucing anda:

Berat Kucing (kg)          =  Makanan yang diperlukan dlm tempoh 24 jam (1 hari)
  • 2 kg                       =      30 - 40 g
  • 3 kg                       =      40 - 55 g
  • 4 kg                       =      50 - 70 g
  • 5 kg                       =      60 - 85 g
p/s : boleh anggarkan sendiri (sekiranya kucing anda banyak)

RAWATAN SPA UTK KUCING:
Tips buat shampoo instant utk kucing kita yang mengalami kegatalan pada kulit. (symptom nya:  kucing kita kerap menggaru)
  • Beli Shampoo Baby Johnson yang original (warna kuning)
  • Beli Oat  Original
Caranya: Masakan Oat sampai kembang, sejukkan dan campur dgn shampoo tadi. Ianya lebih kurang macam masker atau scrub kat muka kita.  Buatla dalam 1 minggu sekali.

p/s: tips ni drp Dr. Hawa.
Tq Dr. Hawa (Aman Suria).

Untuk buat Pro-biotic kucing kita: (x susah pun, senang ajer)
  • Pertama beli Yogurt Asli, jgn yg ada campur apa2 perasa atau buah-buahan pulak. Selalunya kami beli brand Anlene. Lepastu ada kan kat rumah sudu KFC yg kecik, warna putih tu.Hah kami guna sudu tu la nak bagi kucing kami mkn Yogurt. Seekor kucing bg la dlm 1 sudu kecil tu. Buat la dalam 1 bulan 1 kali.  Jangan pulak bagi hari2, cirit birit pulak dorang nanti. Probiotics bagus utk usus dorang, yang selalu sakit perut tu, yang ada masalah bulu dan masalah gusi.
p/s : Tips ni drp Dr Hawa juga.
 

Tahu tak apa itu NEEM ?

NEEM ni berasal  drp Pokok Mambu yg org buat ubat demam campak tu.Selalunya kat Malaysia, banyak orang India yang tanam pokok ni kat rumah dorang.

NEEM ni sangat bagus utk mengatasi masalah kutu atau kulit pada kucing kita. Kalo korang beli Shampoo for Anti-flea utk kucing pastikan ingredients nya ada herbs NEEM.

ok sampai sini dulu ; ) (hu..hu...gambar pun x sempat upload)

Tuesday 17 February 2015

(19) MONKEY (Anak Batik & Hamster)

Nama : "MONKEY" (Domestic Cat)
Lahir  : 26 Julai 2014
Umur : 1 Tahun
Jantina : Jantan (Male) 

Castration : 17/2/2015 by Dr. Graces    
Status: Single



 (Monkey &  Kuning)

Monkey ni hyper aktif time dia lapar. Monkey masa baby pernah sakit mata, skrg ni dia kucing yg aktif berbanding abangnya Kuning. Monkey tak boleh tgok barang yang berjuntai sprt kunci, zip atau pin serta kertas pasti dicuri dan di letakkan di kumpulkan di satu tempat-nya. Bdk ni mamang nakal dan kelakar. Monkey dah di vaksin pada 7/2/2015 dan di sunatkan pada 17/2/2015.



 Masa ni Monkey sakit mata (Jenis yang bengkak dan tersembul)
Pergi Vet, lama jugak nak baik ada dalam 3 minggu.



 (Ni dah sihat) - Sama macam bapak dia Hamster  <Hamster pulak sama mcm  Marble> sama tapi tak serupa.

(18) KUNING (Anak Batik & Hamster)

Nama : "KUNING" (Domestic Cat)
Lahir  : 26 Julai 2014
Umur : 1 Tahun

Jantina : Jantan (Male)
Castration : 17/2/2015 by Dr. Graces
Status: Single






(Kuning & Monkey) 

Gambar baru akan kami upload. Kuning ni bdk nya baik, tak aktif sgt, tapi kuat makan. Tak der penyakit, kuat dan sihat. 7/2/2015 kami pegi bawak kuning suntik vaksin dan deworm. Selasa, 17/2/2015 Kuning ni dah di sunatkan. Selepas sunat, badan nya makin berisi, aktif dan ceria.







(17) BATIK

Nama : "BATIK" (Domestic Cat)  - Buta sebelah mata
Lahir  : 10 Ogos 2013
Umur : 2 Tahun
Jantina : Betina (Female)
Status   : Married with Hamster


Batik  kucing indoor jugak,  tak pernah kluar rumah. kucing yang pandai dan baik. Batik ada 2 anak, Kuning dan Monkey. Suka main bola kertas, Batik ni ada 1 mata jer yang berfungsi, sebelah lagi buta. Batik ni pun orphan kitten yang kami jumpa kat blakang rumah kosong. Kalo ada masa nanti kami upload gambar Batik.



(16) HAMSTER

Nama   : "HAMSTER" (Domestic Cat) 
Lahir    : 10 Ogos 2013
Umur    : 2 Tahun
Jantina : Jantan (Male)
Status   : Married with Batik

Castration : 2014 by Dr. Graces 
  
(Gambar ni Hamster baru operation mata)



Jenis kucing (indoor) yang duduk dalam rumah dan tidak pernah keluar dari rumah. Hamster ni kami jumpa dia ngan Batik dalam usia 1 minggu, Hamster ngan Batik ni kucing orphan kitten. Kami jaga Hamster ngan Batik guna syringe utk bg diorang minum susu. Hamster ni kucing yang aktif dan periang walaupun ada satu mata, dalam awal 2014, ketika umurnya dlm 5 bln, Hamster menjalani minor operation di bahagian mata, kerana mata yg buta tu tetiba  jer membengkak dan bernanah (sprt bisul). Akhirnya kami bawak gi Klinik di TSB, vet kata matanya selama ni tak buta cuma terkatup akibat sakit mata masa baby dulu.Ketika Hamster berusia 9 bulan kami sunatkan. Sebab  terlambat sunat, Hamster ada 2 ekor anak, Kuning dan Monkey.

Tuesday 26 August 2014

KONGSIKAN KLINIK VET YANG BAGUS YANG PERNAH ANDA PERGI ; )

Kami ingin kongsikan klinik - klinik haiwan dan Vet yang bagus, yang telah kami pergi:

1) Heshmael's Clinic for Pets Sdn. Bhd. (dekat jer ngan Giant Kota Damansara)
  - Dr. Hasnul Ismail



2) BRP Animal Clinic and Surgery (Dr. Grace)




3) Hand and Paws Veterinary Clinic & Pet Centre (Aman Suria)
   (Sorry x der Card. Card nya dah hilang)
Alamatnya: C-17G, Jalan PJU 1/45, Aman Suria Damansara, Petaling Jaya, 
                 47301, Petaling Jaya, Selangor
Tel & Fax: 03-7804 6539 (Dr. Lai / Dr. Jenny)
 
4) Klinik Dr. Zul (TSB)






5) Klinik Haiwan Kerajaan di Damansara Damai. 
(Untuk kes yang x kronik, kalo demam biasa, flu, sakit mata, kecacingan atau sakit kulit biasa bole la datang. Kalo sakit teruk better gi Klinik Swasta).

Alamat: Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Petaling
              No.1 , Jalan PJU 10/1E
              Damansara Damai, Sungai Buloh,
              47830 Petaling Jaya,
              Selangor Darul Ehsan.


Waktu Pejabat
Hari Pagi Rehat Petang
Isnin - Khamis 8.00 pagi - 1.00 tengahari 1.00 tengahari - 2.00 petang 2.00 petang - 5.00 tetang
Jumaat 8.00 pagi - 12.15 tengahari 12.15 tengahari - 2.40 petang 2.40 petang - 5.00 petang
 Cuti : Sabtu dan Ahad termasuk Hari kelepasan Am

Waktu Klinik
Hari Waktu
Isnin - Khamis 8.30 pagi - 12.00 tengahari
Jumaat 8.30 pagi - 11.00 pagi
Cuti : Sabtu dan Ahad termasuk Hari Kelepasan Am

Kalo ada sesaper yang tau klinik vet yang elok dan baik, jgn segan2 kongsikan yer. 
TQ ; )

  
CONTOH - CONTOH BROCHURE atau PAMPHLET :   
(mari kita berkongsi info) 




 

Saturday 23 August 2014

TAHUN 2014 - TAHUN BARU YANG BANYAK CABARAN

Jumlah kucing kami pada tahun 2014 ni, adalah sebanyak 20 ekor, totally indoor cats. Fuhhh...pening....pening.....Hope jumlah ini tidak ditambah or bertambah....Sebab smua kucing jantan dewasa dah di sunat.....he..he.he... ; )

Kucing yang paling tua dalam rumah kami ialah Chiami berusia 8 Tahun.
Babyana dan E'mok berusia 7 Tahun (Masih x boleh bertemu muka).
Rakuna berusia 5 Tahun.
Manakala Kakak, Yo-Yot, Bo-boy, dan Ge-girl berusia 4 Tahun.
(Tapi Kakak selalu kena buli ngan Junior, Lola, Ge-girl n Sandy)
Elynna dan Teddy berusia 3 Tahun.
Manakala Mia, Lola, Sandy, Junior, dan Mollie berusia 2 Tahun.
Sofia berusia 1 Tahun 4 Bulan.
Hamster dan Batik berusia 1 Tahun.
(Hamster pun asyik gadoh ngan Yoyot dan Babyana)
Kuning dan Monkey lahir pada 26/7/2014. Sekarang dorang berusia 30 hari (1 Bulan) (Baru bukak mata)





Kuning dan Monkey (1 Bulan). Dua-dua Jantan. Tahun depan (2015) nak kena sunat :)


LOLA dijangkiti "FUNGUS" 



Start December 2013, Lola dah mula kena penyakit kulit fungus ni. Bermula dari tepi telinga berkuping - kuping dan berdarah sehingga atas kepala dan bawah leher pun berdarah, sangat teruk sehingga mata dia berair mungkin menahan gatal dan pedih. Kami pun x tau kenapa Lola jadi mcm ni, sedangkan dia kucing indoor bukan outdoor. Akhirnya kami bawak gi klinik.


Jumpa Vet, dorang bagi injection ubat anti fungus, antibiotik dan tahan gatal serta titikan ubat di telinga. Sebab ia dtg dari telinga (ear mites). Lepas tu Dr. cuci kuping2 dan luka2 kesan daripada garu akibat gatal. 2 hari lps tu mandikan Lola dan buang kuping2 tu. Slps 2 minggu, Lola pulih seperti biasa. 

Junior pun mengalami penyakit yang sama, jadi kami titikan ubat ear mites kat telinga dan bersihkan bhgan luka dan kuping2 tu. Kami guna shampoo brand MEN FOR SAN. Rawatan yang kami lakukan mandikan seminggu sekali (mcm biasa), cuci telinga seminggu sekali (mcm biasa), serta cuci kuping dan luka setiap hari sehingga bulu-bulu pada kawasan fungus tu tumbuh bulu.




                           







(ni cth shampoo yang kami gunakan utk kucing2 kami)


HAMSTER OPERATION MATA - Minor Surgery


Hamster buta sebelah mata masa kecil, dlm bulan February 2014 mata yang buta terkatup tu makin bengkak membesar, kami takut kemungkinan ada nanah, so besk pg bawak gi klinik government dorang x leh buat apa. Ptg tu jugak  bawak gi klinik Dr. Zul di TSB Sg. Buloh, Vet kata mata yang terkatup tu boleh berfungsi utk melihat (maknanya selama ni dia tak buta), alhamdullilah..... : ) Matanya terkatup sebab kesan drp sakit mata masa baby dulu. Mata yang bengkak dan nanah tu Dr. kata myb ada lipas or serangga gigit pada matanya, tu yang bengkak dan bernanah. Now Hamster dah sihat dan ada 2 mata.....alhamdullilah ; )



(Gambar2 Hamster selepas 1 Week operation)

Hamster baru sunat pada 26 Ogos 2014, hari Selasa pagi. Tapi 3 hari sebelum sunat, dia dah mandi & cuci telinga, serta make sure kesihatannya baik. Krn utk proses castration kucing perlu sihat (bebas dr penyakit).
Hope Hamster cepat sebuh, biasannya lps 1 minggu, baru pulih sepenuhnya. So far dia nampak ok. Biasala sblum sunat, ada banyak procedure yang akn di lalui oleh smua kucing yg bersunat termasuklah Hamster. Dia terpaksa puasa dari mkn dan minum dari hari Isnin 10 mlm hingga 10.30 pagi Selasa (tp Vet ckp minum air skit2 x pelah), ni utk mengelakkannya muntah sepjg proses castration dilakukan. Lps castration, pukul 1.00 ptg semlm, baru bole mkn. itupun jln mcm org mabuk, kesan drp ubat bius tu. Pagi Rabu ni, dia nampak dah ok dan ceria. Cuma kena pantau dia jer, takut dia jilat atau tempat castration tu terkena air.


Gambar - Gambar kucing kami Raya 2014






























                                                              (My adik n E'mok)

                                          (E'mok penat beraya ZzzzzZZZZzzz) He..he... : )