Sedikit info yang ingin di kongsi, mengenai ubat-ubat yang pernah kucing kami gunakan :
(1) CANISEP Cream 30g (Antimicrobial, Antimaggot, Antiseptic, Antifungal)
- Ubat ini di gunakan utk fungus pada kulit.
(2) Ilium Optichlor - Eye Ointment 5g Net
- Ubat ini digunakan utk kucing-kucing yang sakit mata, ubat ini lebih mujarab berbanding ubat titik mata
(3) Surolan (Ubat utk Telinga) - Ubat ni bila perlu ajer
- Kucing yang telinganya bernanah, atau sakit teruk, bole guna.
Tapi x bole guna dgn kerap sebab ubat ini ada steroid.
Hanya bila perlu. Paling penting dapatkan nasihat Vet anda.
(4) Drontal Plus Cat - yang ini ubat cacing utk kucing kami.
(5) Mucoxin Tablet 8mg (Bromhexine HCI 8mg) - yang ini ubat flu utk kucing kami.
(6) Baytril 50mg (Antibiotic) : Ubat ini kucing kami gunakan, masa dorg demam dan sakit telinga.
(7) Liv 52 Liq 30 ml - yang ini ubat utk selera makan
(Kalau kucing kita x selera mkn, ia berbahaya kerana boleh merosakkan hati dorg)
(8) Multivitamin Syrup 30 ml -yang ini masa kucing kita lemah x bermaya, x berselera nak mkn.
(9) Iodin (yg berwarna kuning tu)
- bole disapukan pada kulit kucing anda yang terkena "RingWorm"
- ianya beracun jd anda perlu mengawasi kucing anda, sehingga iodin tu kering pada kulit kucing anda.
- jgn bg kucing anda jilat, kawasan yg ada iodin tu.
- jgn lupa beli shampoo kucing kat clinic yg dirumus utk sakit "RingWorm" .
(Kalo RingWorm x dirawat, kita pun bole kena tau)
Supplement:
(1) NaturVet Urinary Support Gel for Cats :
- ia dapat membantu kucing kami "Babyana" yg ada masalah UTI
- selain itu "Babyana" mkn wet food "Prescription Hills Diet" c/d Feline Multicare
(Bladder Health with Chicken) 156g. (Mkn ni Vet jer yg jual).
(2) Glucose for Cat
- Kadang2 kami bagi kucing kami air masak yang dicampur glucose, supaya bdn mrk x panas, sebab dorg mkn biskut (dry food).
(3) Bexto..Neph Tone...Capsules (Reno Protective Kidney Tonic)
- Nephrogenic & Diuretic (100 capsules)
(yg ni Doctor / Vet homeopathic yang cadangkan) - ianya herbs dari India kalo x silap la. Tp "Babyana" kurang suka.Yg ni pun Vet kata dapat membantu kucing yang ada masalah UTI.
Gambar Hiasan |
* Pastikan Anda mendapat nasihat Doctor / Vet *
Just share haritu kucing kami "Babyana" mengalami sakit kencing (UTI) skali lagi. Kami pegi ke klinik Hashmael, Vet kat sana bagi ni. Makan selama 8 hari berturut-turut. Alhamdulillah, nampak perubahannya kencing dia pun dah ok, nampak balik pada normal. Now, cuma jaga mknnya dan jgn bg dia stress. Ni la ubat yg kami bagi.
Ubat utk masalah kencing yg sedikit2 atau kencing yg terpaksa meneran
(Apa2 pun dpt kan nasihat drp Vet anda)
Ok yang ni bukan ubat, tapi lebih pada utk prevent telinga kucing kita drp mites. Bahayanya mites sehingga boleh menyebabkan fungus yg teruk kpd kucing kita. So cegah lebih baik, drp mengubati. Kami gunakan produk ni utk cuci telinga dorang, sekurang2nya 1minggu sekali. Titikan pada cotton burds, dan cuci telinga dorang mcm biasa, kami x nak direct titik pada telinga takut terbanyak, nanti pekak pulak he..he...
Yang ni harganya RM 32.00 (bole tahan lama), ni pun kami beli kat Pets Lover Center.(IPC)
Yang ni produk shampoo yang bagus utk kucing kami, bulu Chiami yang gugur + botak pun dah tumbuh bulu. Harganya dlm RM 22.00. Kami beli kat Pets Lover Center (IPC), kalo ada card dpt 5% & kalo birthday month dpt 10%.
Great post I would like to thank you for the efforts you have made in writing this interesting and knowledgeable article. free weight loss pills free shipping
ReplyDelete(5) Mucoxin Tablet 8mg (Bromhexine HCI 8mg) kat farmasi ade jual?
ReplyDelete