About Me

My photo
CERITA TENTANG KUCING KAMI, DUNIA KUCING, & INFO TENTANG KUCING

Saturday, 9 July 2011

Anak2 Rakuna & Kakak


Comel x ????? Gambar2 anak kucing ni.... ni gambar hiasan ajer....

Anak pertama Rakuna & Kakak di lahirkan pada 27 Jun 2011, 11.50 mlm.
Anaknya 1 ekor sahaja (Jantan /Male)...namanya blum di beri lg. Kerana kami biasanya memberi nama mereka, mengikut fizikal dan perangai mereka.....


Gambar ni masa babynya berusia 5 hari.


Gambar yg ni genap usianya 1 minggu.



Yang ini Gambarnya ketika berusia 10 hari, mata pun dah bukak, tidur pun ad mcm2 gaya....mcm kucing besar pulak ; )




Ni la mukanya....he..he... rasanya hidungnya nak jd mcm hidung penyek (kucing parsi) tp x jadi kot.....he..he.... > mcm si tikus mondok pulak................ ;

Tp sblm. si kecik ni dilahirkan, kami ad membela 1 ekor anak kucing (betina) putih ni >orphan kitten, namanya Elynna. Emak saya jumpa di tepi Pasar,dalam keadaan dia kelaparan. Kini usianya sudah msk 1 bln. Masa jumpa Elynna, umurnya dlm 2 minggu. Emak saya, beri dia susu kucing dgn mengunakan syringe (alat yg kita nak bg baby org mkn ubat tu). Mula2 tu susah jgk nak bg sebab dia x nak....kesian Elynna.... Botol susu kucing tu, langsung dia x nak minum....Tp bila usia Elynna msk 4 minggu, Kakak melahirkan anak pertamanya, dan Kakak menganggap Elynna ni sbg anaknya juga....Tp Elynna tetap x nak dekat Kakak....Mungkin dia dah biasa dgn Emak saya...Elynana ni kucing yg pandai dan faham kata2 kita ; )


Elynna juga pandai berposing utk ambil gambar ; )


Nama : Elynna
Umur : 1 bln
Jantina : Betina (Female)
Status : Anak angkat "Kakak"

- Masa bela dia, dlm 3 hari. Elynna mengalami sakit perut (Cirit-birit), lps tu kami bwk ke Klinik Haiwan, doctor kata baby kucing yg x der mak, biasanya antibodi dlm bdn dia kurang, jd kena teliti la utk jaga dia. X bole tukar2 susu dia, dgn product2 susu yg lain, buat susu dia, jgn terlalu pekat atau cair. Rumit juga nak jaga anak kucing kecik. Sebab dia x bole mkn atau minum sendiri. Slps bg dia susu, kena burbs kan dia, kalo x nanti angin pulak..... he..he...mcm baby org... ; )

Namanya Elynna sebab muka dia cantik ; )
Sebenarnya Elynna ni pun kucing kacukan persian, sebab bulu pjg. dan berkepala besar, kata Doctor yg kat Klinik Haiwan tu.... ; )


Gambar Elynna dan Kakak tgh bermesra ; )


Elynna bergaya seperti Kelawar... he..he.. ; )



Elynna...................> Give me 5 ; )
Dia paling suka tidur dlm kotak tisu..... ; )

Kakak bergambar dengan anaknya ; )

Rasanya mcm nak nama kannya "Teddy" pulak.... he..he...comel ; )

"Teddy" tidur dengan nyenyak skali......zzzzzzzzzzzzzzz


Ketika ia bangun dari tidur.................; )


Permainan baru buat "Elynna"

Sukanya...........dia bermain ; )

dah mcm spiderman.............. ; )

Friday, 8 July 2011

(4) "Kakak"

Kakak anak E'mok dan Chiami.
Gambar "Kakak" ketika berusia 5 bln.

Nama : Kakak
Umur : 5 tahun
Lahir: 17/7/2010
Jantina : Betina (Female)
Status : Married with Rakuna


Kakak ni kucing yg paling baik dan senang di jaga ; )

Gambar Kakak masa kecil bersama dengan mamanya Chiami

Sekarang Kakak dah besar, beza antara Kakak dan mama Chiami adalah ekornya, Ekor Chiami bengkok dan pendek skit drp. anaknya. Kakak mempunyai ekor yang lurus dan pjg.


Time ni Kakak sakit mata.


Gambar Kakak yg terbaru x amik lg. Nanti saya upload kan .................; ) Now 3/11/2012, umur Kakak dah msk 2 tahun. Alhamdullillah Kakak sihat.

Gambar Terbaru Kakak (4/12/12)



GALERI GAMBAR KAKAK

 Gambar depan tu Yo-Yot.  Kakak kat belakang.




Gambar yang dlm sangkar ni masa Kakak beranakan si Teddy.

Tahun 2015
  • Kakak sihat cuma bulu dia gugur skit, mungkin sebab stress. Sebab selalu kena buli ngan Junior, Lola dan Sandy. Kesian Kakak, ingat nanti nak beli catnip utk kurangkan stress dia. Gambar terbaru nanti akn di upload.

(3) Rakuna

Rakuna ni kucing Uncle Zul, tp dia x larat bela.....Dia xder masa nak jaga dah....Masa umur dia 6 bln, Uncle Zul bg kat kitaorg. Nama lamanya Nicky.Tp bila panggil Nicky, dia langsung x pandang & buat derkkk ajer. Tu yg tukar nama tu.
Rakuna ni, kucing yg sopan...walau mcm mana marah pun, dia x kan gigit atau cakar kita. X mcm E'mok garang....ha..ha... ; ) Utk. pengetahuan, kami namakannya Rakuna, krn dia ni mcm Rakun. Lgpun dia ni jenis kucing Ragdoll. Masa tahun (2009-2010)dia kerap kena penyakit demam & cirit-birit. Rakuna dah sunat masa tahun (2011). Rakuna & Babyana kawan baik. Now 3/11/2012, umurnya pun dah msk 3 tahun. Alhamdullillah Rakuna sihat.

Nama : Rakuna (Ragdoll Cat)
Lahir: Tahun (2009)
Umur : 6 Tahun
Jantina : Jantan (Male)
Status : Married with Kakak


INFO :
Ragdoll-Laid back and very loving, Ragdolls are at their happiest when they allowed to flop into the arms of their owners-just like a rag doll!
Their affectionate nature and preference for being indoors makes them ideal house cats.

RAGDOLL Kitten
Masa ni umur Rakuna 7 bln.

Rakuna adalah pasangan kepada Kakak (anak E'mok & Chiami)


Gambar Terbaru Rakuna 4/12/12





Rakuna & Teddy (anak Rakuna + Kakak)

GALERI GAMBAR RAKUNA









Tahun 2015
  • Rakuna makin sihat, gemuk dan besar. (Gambar baru nanti akn di upload)
  • Sangat Aktif dan nakal.