About Me

My photo
CERITA TENTANG KUCING KAMI, DUNIA KUCING, & INFO TENTANG KUCING

Tuesday, 26 August 2014

KONGSIKAN KLINIK VET YANG BAGUS YANG PERNAH ANDA PERGI ; )

Kami ingin kongsikan klinik - klinik haiwan dan Vet yang bagus, yang telah kami pergi:

1) Heshmael's Clinic for Pets Sdn. Bhd. (dekat jer ngan Giant Kota Damansara)
  - Dr. Hasnul Ismail



2) BRP Animal Clinic and Surgery (Dr. Grace)




3) Hand and Paws Veterinary Clinic & Pet Centre (Aman Suria)
   (Sorry x der Card. Card nya dah hilang)
Alamatnya: C-17G, Jalan PJU 1/45, Aman Suria Damansara, Petaling Jaya, 
                 47301, Petaling Jaya, Selangor
Tel & Fax: 03-7804 6539 (Dr. Lai / Dr. Jenny)
 
4) Klinik Dr. Zul (TSB)






5) Klinik Haiwan Kerajaan di Damansara Damai. 
(Untuk kes yang x kronik, kalo demam biasa, flu, sakit mata, kecacingan atau sakit kulit biasa bole la datang. Kalo sakit teruk better gi Klinik Swasta).

Alamat: Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Petaling
              No.1 , Jalan PJU 10/1E
              Damansara Damai, Sungai Buloh,
              47830 Petaling Jaya,
              Selangor Darul Ehsan.


Waktu Pejabat
Hari Pagi Rehat Petang
Isnin - Khamis 8.00 pagi - 1.00 tengahari 1.00 tengahari - 2.00 petang 2.00 petang - 5.00 tetang
Jumaat 8.00 pagi - 12.15 tengahari 12.15 tengahari - 2.40 petang 2.40 petang - 5.00 petang
 Cuti : Sabtu dan Ahad termasuk Hari kelepasan Am

Waktu Klinik
Hari Waktu
Isnin - Khamis 8.30 pagi - 12.00 tengahari
Jumaat 8.30 pagi - 11.00 pagi
Cuti : Sabtu dan Ahad termasuk Hari Kelepasan Am

Kalo ada sesaper yang tau klinik vet yang elok dan baik, jgn segan2 kongsikan yer. 
TQ ; )

  
CONTOH - CONTOH BROCHURE atau PAMPHLET :   
(mari kita berkongsi info) 




 

Saturday, 23 August 2014

TAHUN 2014 - TAHUN BARU YANG BANYAK CABARAN

Jumlah kucing kami pada tahun 2014 ni, adalah sebanyak 20 ekor, totally indoor cats. Fuhhh...pening....pening.....Hope jumlah ini tidak ditambah or bertambah....Sebab smua kucing jantan dewasa dah di sunat.....he..he.he... ; )

Kucing yang paling tua dalam rumah kami ialah Chiami berusia 8 Tahun.
Babyana dan E'mok berusia 7 Tahun (Masih x boleh bertemu muka).
Rakuna berusia 5 Tahun.
Manakala Kakak, Yo-Yot, Bo-boy, dan Ge-girl berusia 4 Tahun.
(Tapi Kakak selalu kena buli ngan Junior, Lola, Ge-girl n Sandy)
Elynna dan Teddy berusia 3 Tahun.
Manakala Mia, Lola, Sandy, Junior, dan Mollie berusia 2 Tahun.
Sofia berusia 1 Tahun 4 Bulan.
Hamster dan Batik berusia 1 Tahun.
(Hamster pun asyik gadoh ngan Yoyot dan Babyana)
Kuning dan Monkey lahir pada 26/7/2014. Sekarang dorang berusia 30 hari (1 Bulan) (Baru bukak mata)





Kuning dan Monkey (1 Bulan). Dua-dua Jantan. Tahun depan (2015) nak kena sunat :)


LOLA dijangkiti "FUNGUS" 



Start December 2013, Lola dah mula kena penyakit kulit fungus ni. Bermula dari tepi telinga berkuping - kuping dan berdarah sehingga atas kepala dan bawah leher pun berdarah, sangat teruk sehingga mata dia berair mungkin menahan gatal dan pedih. Kami pun x tau kenapa Lola jadi mcm ni, sedangkan dia kucing indoor bukan outdoor. Akhirnya kami bawak gi klinik.


Jumpa Vet, dorang bagi injection ubat anti fungus, antibiotik dan tahan gatal serta titikan ubat di telinga. Sebab ia dtg dari telinga (ear mites). Lepas tu Dr. cuci kuping2 dan luka2 kesan daripada garu akibat gatal. 2 hari lps tu mandikan Lola dan buang kuping2 tu. Slps 2 minggu, Lola pulih seperti biasa. 

Junior pun mengalami penyakit yang sama, jadi kami titikan ubat ear mites kat telinga dan bersihkan bhgan luka dan kuping2 tu. Kami guna shampoo brand MEN FOR SAN. Rawatan yang kami lakukan mandikan seminggu sekali (mcm biasa), cuci telinga seminggu sekali (mcm biasa), serta cuci kuping dan luka setiap hari sehingga bulu-bulu pada kawasan fungus tu tumbuh bulu.




                           







(ni cth shampoo yang kami gunakan utk kucing2 kami)


HAMSTER OPERATION MATA - Minor Surgery


Hamster buta sebelah mata masa kecil, dlm bulan February 2014 mata yang buta terkatup tu makin bengkak membesar, kami takut kemungkinan ada nanah, so besk pg bawak gi klinik government dorang x leh buat apa. Ptg tu jugak  bawak gi klinik Dr. Zul di TSB Sg. Buloh, Vet kata mata yang terkatup tu boleh berfungsi utk melihat (maknanya selama ni dia tak buta), alhamdullilah..... : ) Matanya terkatup sebab kesan drp sakit mata masa baby dulu. Mata yang bengkak dan nanah tu Dr. kata myb ada lipas or serangga gigit pada matanya, tu yang bengkak dan bernanah. Now Hamster dah sihat dan ada 2 mata.....alhamdullilah ; )



(Gambar2 Hamster selepas 1 Week operation)

Hamster baru sunat pada 26 Ogos 2014, hari Selasa pagi. Tapi 3 hari sebelum sunat, dia dah mandi & cuci telinga, serta make sure kesihatannya baik. Krn utk proses castration kucing perlu sihat (bebas dr penyakit).
Hope Hamster cepat sebuh, biasannya lps 1 minggu, baru pulih sepenuhnya. So far dia nampak ok. Biasala sblum sunat, ada banyak procedure yang akn di lalui oleh smua kucing yg bersunat termasuklah Hamster. Dia terpaksa puasa dari mkn dan minum dari hari Isnin 10 mlm hingga 10.30 pagi Selasa (tp Vet ckp minum air skit2 x pelah), ni utk mengelakkannya muntah sepjg proses castration dilakukan. Lps castration, pukul 1.00 ptg semlm, baru bole mkn. itupun jln mcm org mabuk, kesan drp ubat bius tu. Pagi Rabu ni, dia nampak dah ok dan ceria. Cuma kena pantau dia jer, takut dia jilat atau tempat castration tu terkena air.


Gambar - Gambar kucing kami Raya 2014






























                                                              (My adik n E'mok)

                                          (E'mok penat beraya ZzzzzZZZZzzz) He..he... : )




  

APA YANG KUCING SAYA MAKAN ?????

Sebelum ni kucing kami makan, makanan commercial food. Tapi disebabkan kucing kami Babyana menghadapi masalah UTI, kami terpaksa menukar makanan mereka secara keseluruhannya. Kerana cost bagi kucing yang mengalami masalah UTI sangat tinggi,dan tidak mampu untuk kami tanggung. Vet mencadangkan kami memberi kucing kami makanan jenama Hills Science Plan. So start May 2012 kami tukar pada Hills Science Plan - Optimal Care (Adult) Chicken 15kg utk smua kucing kami kerana mkn ni boleh prevent dorang daripada kena penyakit UTI. Harganya RM 239.00 untuk 15kg.

http://www.wilko.com/content/ebiz/wilkinsonplus/invt/0314866/0314866_l.jpg 
(Sekarang nak dapatkan stok 15 kg sangat susah) - kat Ikano Pet Lovers dan Pets More pun susah nak dapat.

So kami pun try la cari cat food brand lain yang boleh support urinary health, mula-mula try la brand Blue Seal coz time tu, itu jer packing yang paling besar (10kg) yang ada dan hanya brand tu jer utk prevent masalah UTI. Harganya dalam RM150.00 untuk 10kg.

http://blueseal.com/images/bags/cat/life-stages-adult-cat-1293.png
(Tapi kucing kami kurang suka, last2 tukar brand lagi)

Now tukar ngan Brand Nutram Cat. Coz ia pun ada protection utk urinary health. Tapi packing paling besar (7kg).......problem2....coz kucing kami sebulan memerlukan 30kg. Kalo beli 2 bag pun baru dapat 14kg. Dulu beli science Plan 15 kg x 2 bag dah dapat = 30 kg.....tp skrg susah.......
Nutram Cat Harganya RM 156.00 untuk 7kg.
http://www.nutram.com/uploads/1v1x6q9r7p1o/product.png



Selalunya slps beli mkn.an atau brg2 kat petsmore atau pet lovers (IPC), mesti dpt buku free. Amik kat counter cashier ;)

 Majalah (muka dpn)

Majalah (muka belakang)


Kebanyakkan peniaga sekarang hanya memikirkan keuntungan melebihi kebajikan utk kucing......sedih...sedih.... : (
Kalo ada sesaper yang tahu brand mkn kucing yang baik, boleh di dapati dlm packing yg besar dan dpt protect urinary dorang, bgtau la yer...TQ....Sharing is Caring.......;)

Selain pada tu, kami ada gak bagi dorang makan ROYAL CANIN INDOOR FIT 27, slalu beli dalam 10 kg (10 kg - Harganya RM 250.00) coz 15kg jarang nak ada.

Blackwood Original Formula Cat Food (6 kg - Harganya RM 107.00) , ni kalo beli kena 2 pack, sebab 1 pack 6 kg x cukup.  Sebenarnya nak beli Blackwood utk Indoor tapi x der, so x der pilihan lain amik jer la.




Utk Babyana kami bagi biskut yg ada prevention utk Urinary <Finest Fish 4 Cats, perisa Salmon 1.5kg> x tau la ok ke x,baru cuba. (Tapi proteinnya 31 %) takut nak bagi Babyana makan, tinggi proteinnya. Tapi ia x der campur dgn apa2 grain. 100% ikan. Rasanya kami campur dgn mkn lain. Harganya RM 59.90 utk 1.5 kg.


Ada masanya kami bagi treat kepada Babyanana utk Urinary Care, Sebenarnya 1 hari 6 biji <tapi nak jimat 1 hari 1 biji>, Breath & Dental kami bagi pada E'mok dan Chiami sebab ada masalah gigi dan nafasnya berbau...he..he... : )

1 Packet ada 31 biji. Harganya dalam RM 15.43 utk 1 packet Healthy Bites.

                                                                         
                                                                         
            yang ni utk Urinary Care

    yang ni utk Breath and Dental

Kadang2 kalau smua mkn cat food x der stock, kami terpaksa beli gak brand lain tapi mesti perasa Chicken, sebab dorang dah biasa ngan perasa Chicken. Kami beli Cat Food IAMS Chicken 17.4lb (7.89 kg) harganya RM143.00.  Tapi bdk2 tu smua kena cirit - birit, myb x sesuai ngan dorang. So kami terpaksa stop kan.

Sekarang ni bdk2 ni mkn, brand BLACKWOOD campur ngan RC Indoor Fit 27.

Kalo wetfood selain pada masak sendiri, kadang2 ada gak bagi dorang smua mkn Friskies atau Whiskas. Tengok budget la, kalo duit dah kering, apa yg mampu jer. Cuma lebih utamakan yg ada penyakit dan yg dah tua. Tu kena bagi perhatian lebih la. Selain tu ada gak bagi brand Sheba, dlm RM 3.60 atau brand Fancy Feast Royale 85g dlm RM 3.40.


Member card PETS LOVERS CENTRE di IPC. Bole dpt 5 % pada hari2 biasa dan  bila birthday month dapat 10%.


Member card PETS MORE di Giant Kota Damansara. Bole dpt 5 % pada hari2 biasa dan  bila birthday month dapat 10%.

Babyana mkn Biskut ni la masa dia sakit teruk, Biskut c/d dan wet food c/d. Mkn ni hanya jual kat klinik2 haiwan.



Biskut Eureka ni kami ada cuba bagi kat kucing2 kami, tapi tak sesuai, jadi kami stop kan nya dan gantikan dgn biskut lain. Biskut ni mungkin tak sesuai ngan kucing saya dan mungkin juga sesuai utk kucing anda,